Ada seorang budak yang sangat pemalu di sebuah kampong yang sangat peramah. Setiap hari, budak yang pemalu itu terpaksa menyampaikan salam kepada setiap orang yang lalu dihadapan rumahnya. Walaupun dia amat pemalu dan rasa nak mati setiap kali dia terpaksa bercakap dengan orang yang lalu di hadapan rumahnya, tetapi dia terpaksa berbuat demikian kerana dia adalah anak yang soleh dan tidak pernah mengingkari arahan ibu dan bapanya (bapanya adalah ketua kampong yang sangat digeruni oleh sekalian anak-anak kampong yang tak berguna).
Disebabkan rasa kemaluan yang amat sangat, budak pemalu ini akan berpeluh satu badan setiap kali dia terpaksa tertonggok di depan rumahnya dan memberi salam kepada setiap orang yang lalu di rumahnya. Selepas habis satu hari member salam dan berpura-pura senyum pada orang yang lalu-lalang, baju melayu yang dipakainya akan basah lenjun dek kerana kegentaran dan ketidakkuatan iman budak tersebut menghadapi rasa malunya itu.
Suatu hari, dia terbaca di dalam akhbar yang diaut bungkus nasi lemak bahawa terdapat satu syarikat penerbangan yang berjanji akan menerbangkan budak pemalu ini ke luar Negara dengan tambang yang bisa memberikan kejutan pada kapilari darah yang tersumbat dek kolestrol. Maka, budak ini pun memasang cita-cita untuk melarikan diri dari kampong yang peramah ini apabila dia sudah cukup duit kelak.
Maka, budak ini pun mengumpul duit dengan rajinnya bersama segulung harapan satu hari nanti dia dapat menjejakkan kaki ke negara orang dan meninggalkan kampong peramah yang sangat plastik itu. Selepas 10 tahun, 11 bulan, 12 hari menabung, akhirnya dia berjaya membeli tiket kapal terbang yang diidamkan. Dia dengan bangganya pergi ke lapangan terbang dan menghulurkan tiketnya pada petugas di situ. Tetapi, harapannya hancur apabila pegawai tersebut memberitahu, “Dik, ari ni 9 aribulan 8. Aik beli tiket ni untuk 9 aribulan 7. Dh lepas tarikh ni dik.” Budak yang pemalu itu terus membisu hingga ke hari ini walaupun dia dipanggil anak derhaka oleh bapanya apabila budak itu enggan memberi salam seperti selalu kepada setiap orang yang lalu-lalang di hadapan rumahnya.
No comments:
Post a Comment