Bukan mudah aku cari pengganti,
Kerana sekarang semua orang hati mati.
Bukan mudah aku cari pengganti,
Kerana silap pilih, binasa menanti.
Bukan mudah aku cari pengganti,
Kerana aku yang merasa, bukan mereka yang mengganti.
Bukan mudah aku cari pengganti,
Kerana aku kalis sengsara, tak bisa sakit hati.
Bukan mudah aku cari pengganti,
Kerana sayang kau, aku tak tahu, mungkin cepat mati.
Bukan mudah aku cari pengganti,
Kerana kau mungkin kaki kikis, tak cukup hutang ceti.
Bukan mudah aku cari pengganti,
Kerana kau selesa hidup seorang, tak mampu sehidup semati.
Bukan mudah aku cari pengganti,
Kerana bila senang kau menempel, bila susah kau lari angkat kaki.
Bukan mudah aku cari pengganti,
Kerana aku terlebih kilo, kau pula tak cukup inci.
Bukan mudah aku cari pengganti,
Kerana kau tak cukup satu; dua, tiga, empat kau bawak lari.
Bukan mudah aku cari pengganti,
Kerana kau tak faham aku, aku takut makan hati.
Bukan mudah aku cari pengganti,
Kerana aku terus terang, akal menipu kau panjang lebih sekaki.
Bukan mudah aku cari pengganti,
Kerana kau anak emak, aku mahu lelaki sejati.
Bukan mudah aku cari pengganti,
Kerana aku berjimat cermat, kau pula kaki judi.
Bukan mudah aku cari pengganti,
Kerana aku nak pergi jauh, tapi kau mengeluh sebaldi.
Bukan mudah aku cari pengganti,
Untuk jadi Khalifah hidup ini,
Untuk mengotakan janji-janji dalam akad kau pada Tuhan yang merahmati,
Untuk melayarkan aku ke syurga dunia, dan syurga abadi.
No comments:
Post a Comment