Saturday, May 15, 2010

CUKUP LAH

Cukup lah menunggu.

Kali ni aku nak pergi jauh dari mu.

Jauh dari ketidakadilan mu terhadap ku.

Jangan kau memanggil-manggil ku pulang semula kerana ku takkan berpaling pada mu lagi.

Sudah cukup kau menganaktirikan aku.

Sudah cukup kau tendang aku ke sana ke mari seperti bola yang sudah tiada angin.

Sudah tidak aman aku rasakan duduk di sini menanti penyeksaan mu yang tiada sudah.

Aku tak daya lagi.

Aku tak kuasa lagi.

Menunggu mu sampai esok malam dan malam lusa dan malam-malam seterusnya.

Aku juga punya malam-malam sendiri untuk bersama diriku.

Tanpa kau di sisiku.

Aku mengerti.

Aku undurkan diri.

Aku akan tiada di sisi mu seperti selalu.

Kau takkan rindukan aku.

Kerana kau tak pernah menyintai aku.

No comments:

Post a Comment