Showing posts with label PELAJARAN. Show all posts
Showing posts with label PELAJARAN. Show all posts

Sunday, July 26, 2009

5 TAHUN SEKALI

Tak abis2 lagi dengan PPSMI. Tiap2 kali menteri pelajaran bertukar, tiap2 kali jugak polisi dirombak. Pastu, mulalah nak tambah waktu BI la, nak anta guru BI ke pedalaman la (seriously, this one has become the most favourite excuse to taunt us), dan mcm2 lagi. Apa ni? Setiap 5 tahun wajib tukar polisi ker? Ikut kepala sape yg lagi berkuasa?

Saturday, July 25, 2009

POLICY MAKER

Apa yang membuatkan kau rasa mahu bangun pagi-pagi? Macam post aku yang sebelum bila aku cakap aku taknak bangun pagi sebab pagi memang sejuk dan syaitan memang jahat dan durjana taknak bagi kau bangun?

Memang susah nak bangun pagi dan simbah badan dengan air sejuk macam ais kiub yang dah cair tu. Apatah lagi kalau pagi tu pada malamnya hujan dan kau rasa ah nikmatnya kalau kau tak perlu bangun untuk pergi kelas yang macam evil start jam 7.30 pagi. Hoi, kau jadi cikgu nanti sekolah start jam sama lah!

Aku rasa kalau aku penggubal polisi pendidikan, sekolah akan start pukul 9 pagi. Dengan ini, ibu bapa tak perlu hantar anak bila gate sekolah dah nak tutup sebab waktu mereka masuk kerja sama dengan waktu anak mereka masuk sekolah. Waktu sekolah pulak habis dalam pukul 5 petang (termasuk dengan kelas tambahan, perjumpaan persatuan/kelab dan sebagainya). Ibu bapa pun tak perlu curi-curi masa lunch untuk ambil anak waktu tengahari. Ibu bapa habis kerja pukul 5 petang boleh terus ambil anak di sekolah. Lepas itu, boleh pergi restoran order apa yang anak-anak atau suami nak makan sebab kalau balik rumah nak masak memang tak sempat tambah-tambah lagi kalau anda berada di tempat yang traffic jam nye mengalahkan orang beratur nak dapat bilik hotel RM 1 kat Genting Highlands suatu masa dulu.

Kamu rasa-rasalah kan, aku ni sesuai tak jadi policy-maker?

Monday, July 20, 2009

BOOK TIKET RAYA

Adalah satu kegilaan apabila engkau menjadi pelajar yang sedang gila mencari tiket balik kampung yang gila dengan orang-orang yang sanggup beratur di stesen-stesen keretapi mahupun stesen-stesen bas semata-mata nak membeli tiket raya yang dua bulan lagi baru boleh balik. Puasa pun belum wei, dah nak beli tiket raya ker????!!!

Aku tak suka betul bab-bab membeli tiket ni. Tension tau tak!!! Eii, benci tau.. (wow, I manage to make myself sound so coy and bitchy, heheh)

Tolong la perbanyakkan coach keretapi supaya aku tak perlu mematahkan belakang aku dan mengebaskan bontot aku untuk perjalanan 12 jam dr jb-kb. Tak tahan woo…

Kononnya kt stesen keretapi tu ada tampal notis leh booking melalui telefon pukul 8.30 am sampai 9.30 pm. Tapi bila aku call stesen KTMB JB kul 9.45 am td, akak tu ckp “Dik, kalau nak tempah kul 10.30 pg baru boleh dik. Tiket g wakaf bahru dh abes dik”. Nyampahnyeeeeee…..

Kalau la aku ni kaya aku beli je satu coach keretapi tu. Boleh aku berbuas dalam keretapi tu, hahahaha…

PESAN RASULULLAH

Tadi masa kelas Madam Ong (ELT Materials) ada satu pesanan yg memang melekat lah. Die ckp ade satu pesan Rasulullah, org yg byk berckp, byk membuat dosa, org yg byk dosa nerakalah tempatnya. Daripada kite bergosip dan membuat dosa, baik kita develop materials untuk students kita. Itulah yg Madam Ong ckp td. Best kan?

Thursday, July 2, 2009

PEMIKIR-PEMIKIR

Dulu masa ku xde bf, aku ader kawan2 yg aku anggap pemikir. Aku pernah masuk debate di maktab dan itu aku consider as my most shining moment in mktb (pathetic kan?). aku ader 3 org kawan batch aku, dan seorang junior aku that made up the team of debaters. Sorang ni minet japan and everything Japanese. Sorang lg V-Kool and I regretted we did not turn out ok. Sorang lg dh ebrtambah seksi sekarang ni,wah2….haha..u always look great, mah darling..dan sorang lagi, mah junior I don’t know much about him after debate, that’s sad too (maybe he thinks im stupid for having a bf). Taktaulah..but my frens you are all great people, pemikir bg aku. Tak mcm sorang tu yg berlagak kan. OK, cukup. Blog ni bkn utk hentam org.

DAH KE BELUM

Aku mls btol nk packing. Aku benci nak menyesuaikan diri di tempat baru. Kekadang aku terfikir, nape x diabiskan terus je kt ipg pastu baru smbung upm? Nk plak buat 3 taun di ipg, 2 taun di upm, pastu 1 taun di ipg. X kena lelah namanya tu. Gi mari gi mari.

6 tahun. Setakat ni aku belum gila lagi.