Saturday, July 25, 2009

POLICY MAKER

Apa yang membuatkan kau rasa mahu bangun pagi-pagi? Macam post aku yang sebelum bila aku cakap aku taknak bangun pagi sebab pagi memang sejuk dan syaitan memang jahat dan durjana taknak bagi kau bangun?

Memang susah nak bangun pagi dan simbah badan dengan air sejuk macam ais kiub yang dah cair tu. Apatah lagi kalau pagi tu pada malamnya hujan dan kau rasa ah nikmatnya kalau kau tak perlu bangun untuk pergi kelas yang macam evil start jam 7.30 pagi. Hoi, kau jadi cikgu nanti sekolah start jam sama lah!

Aku rasa kalau aku penggubal polisi pendidikan, sekolah akan start pukul 9 pagi. Dengan ini, ibu bapa tak perlu hantar anak bila gate sekolah dah nak tutup sebab waktu mereka masuk kerja sama dengan waktu anak mereka masuk sekolah. Waktu sekolah pulak habis dalam pukul 5 petang (termasuk dengan kelas tambahan, perjumpaan persatuan/kelab dan sebagainya). Ibu bapa pun tak perlu curi-curi masa lunch untuk ambil anak waktu tengahari. Ibu bapa habis kerja pukul 5 petang boleh terus ambil anak di sekolah. Lepas itu, boleh pergi restoran order apa yang anak-anak atau suami nak makan sebab kalau balik rumah nak masak memang tak sempat tambah-tambah lagi kalau anda berada di tempat yang traffic jam nye mengalahkan orang beratur nak dapat bilik hotel RM 1 kat Genting Highlands suatu masa dulu.

Kamu rasa-rasalah kan, aku ni sesuai tak jadi policy-maker?

No comments:

Post a Comment