Wednesday, July 15, 2009

...

Inilah kisah hidupku. Yang penuh dengan air mata dan hati sakit. Air mata? Kebanyakannya untuk orang yang paling aku sayang tapi aku tak tahu kenapa berapa banyak kali pun hatiku disiat-siat macam kulit yang terkopek akibat dirotan, hati aku masih belum mahu lepaskan dan mindaku masih belum mahu lupakan.

Ada yang berkata, dan kadang-kala aku sendiri bertanya “Bodohkah aku?”

Sudah terang-terangan dia mahu main-main dan tidak mampu untuk bercanda dengan aku seorang tapi aku tetap mahu dia. Kalau diberi Prince Charming sekalipun aku tetap mahu dia. “Bodohkah aku?”

Kalau betul cinta itu membahagiakan, kenapa aku punya cinta selalu buat aku rasa macam orang paling bodoh dan gemuk dan hodoh dan gemuk dan hodoh di dunia? Orang cakap cinta bukan segalanyalah. Betul. Tapi kalau ia bukan segalanya kenapa aku rasa nak mati sekarang bila aku tak yakin dengan cintaku?

Belajar tinggi-tinggi pun nak sibukkan diri dengan perkara remeh macam ini. Kalau kau baca buku Salina oleh A.Samad Said, kau akan rasa kasihan dengan watak Salina yang kasihnya tak berbelah bagi pada Abdul Fakar yang macam sial melayan perempuan itu yang serah segalanya kepada dia yang tak layak pun untuk perempuan itu. Perempuan itu sanggup melacur untuk dia, Abdul Fakar, supaya Abdul Fakar dapat pakai elok-elok, makan sedap-sedap, dan berjoli puas-puas.

Cinta itu butakah? Sudah terang-terangan di depan mata pun kau tak mahu percaya kerana besar dan suci sangat cintamu pada si dia. Apa ini? Cintakah ini?

Aku benci diriku sendiri.

2 comments:

  1. you see dear, parting with someone u love is very hard thing to do, it's bitter but in order for u to live a peaceful life, you gotta be strong and dont let the emotion do the thinking. let your brain work and anyway, if he continues to make u hate yourself, why u still wanna stick to him? find someone who can appreciate u.

    ReplyDelete
  2. thanx dear..read my new post though..i tend not to give up when it comes to love. bitter person that i am but still,*sigh* i dunno...its like a matrimony that is unbroken. once im in love, i hope it'll last forever..crazy huh? but that's the way i feel. let's hope im not wrong though...

    ReplyDelete