Wednesday, July 29, 2009

BUNGA TELUR GIRL

Di Kampung Bukit Bonggol, ada seorang budak perempuan yang sangat sukakan bunga telur. Setiap kali ada majlis perkahwinan, mesti budak perempuan ini akan hadir, dan dia akan selalu duduk di sebelah bunga telur, menanti pengantin duduk di jinjang pelamin, menanti tetamu menepung tawar pengantin, dan menanti pengapit memberikan bunga telur kepadanya.

Di bilik tidur budak perempuan ini, dipenuhi dengan bekas-bekas bunga telur yang dikumpulnya. Pada waktu lapang, budak perempuan ini akan membersihkan habuk-habuk yang melekat pada setiap bekas bunga telur ini.

Di dalam hati budak perempuan ini, dia bercita-cita untuk memberikan bunga telur kepada orang lain pulak, bukan setakat menanti dan menerima bunga telur. Tapi sayang seribu kali sayang, belum sempat dia mencapai cita-citanya itu, dia terpaksa meninggalkan hidupnya yang dikelilingi dengan bunga-bunga telur kesayangannya setelah dia dilanggar lori telur yang dikelindankan oleh seorang pembuat bunga telur komersil yang berjaya.

No comments:

Post a Comment